Sunday, September 13, 2009

Jururawat Glokal dan 1 Malaysia - Bahagian2

Awalnya pembangunan dalam kejururawatan di Malaysia agak perlahan dan karier kejururawatan kurang diminati kerana pandangan status yang rendah dan jadi anggapan suruhan doktor sahaja. Ini kerana mereka tidak faham akan konsep kejururawatan itu sendiri. Saya petik definasi kejururawatan sebagai berikut mengenai “Professional Nursing” - The unique function of the nurse is to assist the individual sick/well, in the performance of those activities contributing to health / it’s recovery (or to peaceful death) that he would perform unaided if he had the necessary strength, will or knowledge. (Virginia Henderson 1966)

Pada waktu ini tenaga pengajar terdiri dari pengajar yang berasal dari British.
Dan ada sebahagian daripada India. Disamping itu pembelajaran adalah berdasarkan “BLOCK SYSTEM” dan perlantikan ke jawatan ini
dilaksanakan secara “ job on training” dan dilakukan oleh Penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat di tempat berkenaan. Tetapi selepas perang dunia ke 2, ramai wanita Malaysia mulai menyertai bidang ini diatas sebab keselamatan, dengan itu banyak sekolah jururawat ( waktu dahulu ), kini dikenali sebagai Kolej Kejururawatan dibuka selaras dengan wujudnya kurikulum latihan untuk 3 tahun dan 4 bulan. Sijil Asas Kejururawatan di perkenalkan dan dianugerah kepada jururawat yang layak.

Pada masa dahulu juga, peranan jururawat adalah untuk memastikan kelancaran tugasan doktor dan mereka dianggap sebagai tulang belakang kejayaan sesuatu operasi perubatan. Sayangnya kehebatan kerjaya itu kurang dihebahkan, tidak diperkatakan seperti bidang lain, menyebabkan tidak ramai menyedari kerjaya kejururawatan iaitu sekadar memberikan suntikan kepada pesakit dan membersihkan kekotoran selepas selesai pembedahan.
Tahun 80 an kerajaan menukar sistem pengajian kepada bahasa Malaysia. Bagaimanapun, pada 1990 – 2000 perubahan dalam karier ini telah berlaku yang menaikkan imej profesion kejururawatan, antara perubahan nya adalah seperti berikut : -
Pembelajaran kejururawatan dipertingkatkan dari diploma ke ijazah. Sistem pengajian dikembalikan kedalam bahasa Inggeris dan bahan rujukan pengajian lebih tertumpu kepada bahasa inggeris. Kaedah pengajaran adalah secara dua hala seperti : case study, reflection, Problem base learning, system mentor-mentee diperkenalkan , learning contract dan pendidikan jarak jauh juga dilaksanakan.
Sejarah dan perkembangan profesion kejururawatan memberi pengenalan kepada perkembangan asas Sains Kesihatan dan profesion ini. Ia nya merangkumi falsafah, peranan profesional, sejarah perkembangan profesion-profesion di bidang ini pada peringkat kebangasaan dan antarabangsa dalam perubahan sistem penjagaan kesihatan di Malaysia mengikut keperluan masyarakat pada masa kini.
Kini, program Kejururawatan ini telah dirancang khusus untuk melahirkan graduan jururawat profesional yang kompeten, penyayang, ‘humane’, dan mengamalkan ‘safe practice’ semasa merawat. Pelajar yang mengikuti program ini akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains Kejururawatan Sains Kesihatan dan Sains Perlakuan bagi menjalankan perawatan apabila mereka ditempatkan di latihan klinikal atau semasa bertugas nanti.
Manakala, matlamat program ijazah kejururawatan adalah untuk memupuk graduan supaya lebih komited bagi mempertingkatkan kerjaya melalui pembelajaran sepanjang hayat (life long self-directed learning). Kemahiran penyelidikan asas dalam program ijazah membolehkan mereka memanfaatkan hasil kajian dalam meningkatkan kualiti perawatan. Justeru itu para jururawat perlu diperkaya dengan kemahiran-kemahiran baru agar dapat mengisi tuntutan pesakit kini dan cabaran masa hadapan. Dalam erti kata lain jururawat yang lebih matang dan berdaya saing
Dengan perededaran zaman menuju teknologi baru, pemikiran graduate kejururawatan juga perlu diubah. Persepsi jururawat alaf baru juga perlu diubah menjadi lebih luas dan terbuka. Dan pada zaman ini, kita dapat melihat Kolej Kejururawatan tempatan dan swasta telah banyak ditubuhkan ibarat cendawan tumbuh. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kolej tersebut kerana menurut satu kajian, kerjaya jururawat pada zaman sekarang adalah kerjaya on demand yang paling ramai samada di dalam dan luar negara. Gaji yang ditawarkan juga tinggi dan ditambah dengan elaun kritikal yang mereka terima. Ini juga dibuktikan melalui website ( Top ten salary worldwide). Terdapat dalam website jika diikuti setengah doktor doktor di Filipina menukar profession mereka kepada jururawat kerana ingin mendapat peluang bekerja di USA.
Sebenarnya masih ramai lagi yang kurang tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk pelbagai elaun dan insentif. Malah, jururawat juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah.
Itulah kelebihan jurusan kejururawatan ini dan yang berkenaan pula bagi mereka yang lulus tidak ada graduan yang menganggur, sebaliknya belum tamat pengajian sudah ada institusi kesihatan yang menghantar borang tawaran memohon pelantikan untuk jawatan jururawat bagi hospital yang berkenaan. Peluang kenaikan pangkat yang sentiasa meningkat dan permintaan yang semakin tinggi dalam bidang ini menjadikan ia pilihan terbaik untuk anda yang bercita-cita tinggi, lebih-lebih lagi dalam keadaan negara ketandusan jururawat. Sebagai peringatan telah ditetapkan ratio negara maju WHO penanda arasnya adalah 1:200 tetapi sekarang masih lagi 1:375 (Lembaga Jururawat- 2009) Justeru itu pengeluaran jururawat harus ditambah setiap tahun dan jumlah yang ingin dicapai adalah seramai hampir 9000 setiap tahun.

Kini peranan mereka bukan hanya sebagai orang tengah antara doktor, pesakit dan keluarga . malahan jururawat turut memberi nasihat, mendidik pesakit dan keluarga mereka berkaitan isu-isu penjagaan kesihatan. Dengan ini, jururawat perlu melangkah kehadapan dan bergerak jauh daripada tugas tradisi hanya menjaga pesakit dan mempelajari ilmu berkaitan penjagaan pesakit sejajar dengan perkembangan penjagaan kesihatan terkini. Keperluan inovasi dalam penjagaan kesihatan adalah perlu di negara membangun seperti Malaysia. Cabaran-cabaran berkaitan jagaan kesihatan tidak mungkin dapat ditangani tanpa membangunkan pemikiran kritis untuk mengatasi masalah-masalah dan menyediakan pelan penjagaan yang efektif. Bak kata Perdana Menteri kita baru-baru ini, “Business is not as usual.” Jadi, kita semua perlu berfikir luar dari kotak atau ruang lingkup dan meningkatkan kreativiti untuk menghasilkan inovasi yang dapat membantu kerja harian atau rutin tugas jururawat. Banyak kreativiti yang boleh dilaksanakan. Ini lah gagasan kemerdekaan yang dicari dan kemerdekaan ertinya perjuangan harus diteruskan.
Sehubungan itu, pebelajaran berterusan sepanjang hayat dan pemikiran kritis dalam amalan klinikal patutlah menjadi norma di dalam sistem penjagaan kesihatan kita. Dengan kemajuan yang pesat dalam peralatan dan teknologi perubatan, jururawat di masa kini perlu mengendalikan peralatan berteknologi tinggi dan mengaplikasikan teknik-teknik klinikal baru dan produk farmaseutikal baru. Di samping itu, jururawat- bekerja 24 jam sehari di semua peringkat perkhidmatan dengan pelbagai jenis pesakit, keluarga, masyarakat, kakitangan penjagaan kesihatan dan kakitangan dalam sektor-sektor lain. Oleh yang demikian, jururawat berada dalam keadaan istimewa untuk menyediakan penyelesaian yang ‘creative’ dan berinovasi yang boleh mewujudkan perbezaan sebenar dalam kehidupan harian pesakit-pesakit, pertubuhan-pertubuhan, masyarakat dan ‘profession’ kejururawatan itu sendiri. Sehubunngan dengan itu, jururawat menghadapi masa depan yang mencabar tetapi penuh dengan peluang-peluang baru didalam dan luar negara, maka inilah diistilahkan sebagai jururawat ’Glokal”. Ini semua dapat digapai sekira nya profeseyen ini terus berkembang dari diploma sehingga lah ke peringkat doktor falsafah.

3 comments:

  1. selamat pagi kak, sy ritchell, male nurse student tahun ke-3 di masterskill.... sy amat meminati bidang kejururawatan ini, dan sy ada persoalan mengenai skop pekerjaan jururawat bagi lelaki, sy ramai dengar kwn2 sy cerita bahawa sestgah hospital xmenerima jururawat lelaki,sprti hospital pantai, pusrawi dan IJN.. jadi masalahnya, adakah pernyataan tersebut benar??? sbab sy risau selepas sy tamat blajar nti sy menggangur, dan blh x akak bagi sy cadangan dan pendapat hospital swasta mana yg nak menerima jururawat lelaki...dan jika akak nak memberi pandangan kepada sy, akak boleh la mesej sy kat facebook tau email sy kat alamat ini ritchell_89@yahoo.com.my tq kak.

    ReplyDelete
  2. askm salam kemerdekaan buat prof zahrah. prof saya KJ DI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA dan sudah memiliki degree nursing. sekarang saya ingin menyambung pengajian master dalam bidang kaunseling. adakah bidang kaunseling berpeluang besar dalam kejururawatan? tq prof.

    ReplyDelete